09 Januari 2015

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Salam sejahtera,

Pihak sekolah ingin mengalu-alukan kedatangan semua murid dan para guru kembali ke sesi persekolahan 2015 dan ucapan "Selamat Datang" kepada murid-murid baharu terutamanya murid-murid Tahun Satu, murid-murid Prasekolah dan murid-murid kelas Pendidikan Khas.

Pihak sekolah berharap sesi persekolahan 2015 berupaya menghasilkan lebih banyak kejayaan dari aspek akademik dan kokurikulum. Peranan dan kerjasama aktif semua pihak amat penting bagi merealisasikan impian tersebut.

Sesi persekolahan 2015 akan bermula seperti yang diumumkan Menteri Pendidikan Malaysia iaitu pada 12 Januari 2015.

Sekian. Terima kasih.