22 November 2014

KEPUTUSAN UPSR 2014

Sukacita dimaklumkan bahawa keputusan rasmi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 akan dikeluarkan pada hari Rabu, 26 November 2014. Justeru itu, semua ibu bapa, waris serta murid-murid Tahun Enam, 2014 adalah dinasihatkan supaya berada di sekolah mulai jam 10:00 pagi bagi mengambil keputusan tersebut.

Pihak sekolah ingin mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada semua calon UPSR SKBTM 2014. Seluruh warga SKBTM mendoakan kejayaan cemerlang calon-calon UPSR 2014 dan selamat melangkah ke alam persekolahan menengah. 

Sekian. Harap maklum.