23 Oktober 2014

SESI PEMULANGAN BUKU TEKS 2014

Adalah dimaklumkan bahawa pihak pengurusan Sistem Pinjaman Buku Teks (SPBT) akan mula membuat kutipan buku-buku teks daripada murid-murid Tahun 1 - Tahun 3 bermula 4 November 2014. Justeru itu, semua murid dinasihatkan supaya mengumpul semula buku-buku teks yang telah diberi pinjam pada awal tahun 2014 untuk diserahkan semula kepada sekolah. 













Buku-buku teks yang hilang atau rosak teruk hendaklah diganti dengan membayar harga sebenar buku tersebut. Senarai lengkap harga buku boleh didapati daripada guru SPBT bermula 4 November 2014. Peringatan mengenai perkara ini akan diedarkan kepada semua murid.

Sekian, harap maklum.