14 Januari 2013

PROGRAM JAYA WARIS 1/2013

Adalah dimaklumkan bahawa program Jaya Waris siri 1/2013 yang dianjurkan bersama pihak sekolah dan Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SKBTM akan diadakan seperti yang di catatkan di bawah:-
 
  1. Hari Sabtu
  2. 19 Januari 2013
  3. 8:00 pagi
  4. Dewan Sekolah
Sehubungan dengan itu, semua waris dan murid Tahun Enam, 2013 dijemput hadir ke majlis tersebut bagi membincangkan beberapa program peningkatan akademik sebagai persediaan menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2013.
 
Sekian dimaklumkan.