Sukacita memaklumkan bahawa majlis penyerahan bantuan persekolahan 1Malaysia untuk semua murid Tahun Satu hingga Tahun Enam akan diadakan seperti yang dicatatkan di bawah:-
- 30 Januari 2013
- Hari Rabu
- 12:30 tengah hari
- Pendaftaran di Foyer Sekolah
- Dirasmikan oleh Y.B. Dato Zainal Abidin bin Osman
Bantuan kewangan tersebut tidak akan diserahkan kepada anak atau wakil tuan puan pada hari tersebut tanpa kehadiran tuan puan. Kehadiran ibu bapa / waris pada majlis tersebut adalah diwajibkan.
Sekiranya tuan puan menghadapi sebarang kesulitan untuk menghadiri majlis tersebut, sila hubungi pihak sekolah untuk maklumat lanjut.
Sekian dimaklumkan.