12 Ogos 2009

PEMBATALAN AKTIVITI KOKURIKULUM

Adalah dimaklumkan bahawa semua aktiviti kokurikulum sekolah adalah dibatalkan buat sementara disebabkan oleh penularan wabak Influenza A H1N1 yang semakin serius.
Semua ibu bapa dan waris adalah dinasihatkan supaya membekalkan anak tuan-puan dengan topeng muka untuk melindungi diri mereka semasa bergaul dengan kawan-kawan. Pihak sekolah dan Kementerian Pelajaran Malaysia memandang serius penularan pendemik ini dan sedang berusaha membekalkan semua murid sekolah dengan perlindungan yang sesuai.
Kerjasama dan tindakan tuan puan menangani masalah ini amat diharapkan dan diucapkan terima kasih.
Sekian.