19 Ogos 2009

AKTIVITI SEPANJANG BULAN PUASA

Adalah dimaklumkan bahawa semua aktiviti pembelajaran dan pengajaran subjek Pendidikan Jasmani (PJ) adalah dibatalkan di sepanjang bulan Ramadhan tahun ini. Justeru itu, beberapa program penghayatan Ramadhan telah dirancang Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam dan Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) akan dilaksanakan.
Antara program yang telah dirancang dan dilaksanakan ialah:
  1. Program Bacaan Surah Yassin / Solat Dhuha,
  2. Program Sembahyang Hajat UPSR dan majlis berbuka puasa bersama waris murid-murid Tahun Enam dan kakitangan sekolah,
  3. Program Qiratul Quran,
  4. Program Pengurusan Jenazah bagi murid-murid Islam Tahun Lima dan Enam

Oleh itu, pihak sekolah telah bersetuju untuk memohon sumbangan derma daripada ibu bapa dan waris, individu mahupun pihak korporat untuk menjayakan program-program yang telah dirancang itu.

Sekian, dimaklumkan. Terima kasih.