Salam sejahtera.
Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Makan Malam Perdana dan Majlis Kecemerlangan Pelajar 2007 akan dilangsungkan pada 11 November 2007. Majlis itu akan bermula pada jam 7:45 malam dan akan diadakan di Dataran Perhimpunan, SKBTM.
Majlis ini adalah sebahagian daripada aktiviti Persatuan Ibubapa dan Guru-guru (PIBG) SKBTM dan pihak sekolah. Ianya bertujuan mengumpul dana bagi membiayai pelbagai program dan aktiviti peningkatan kecemerlangan akademik sekolah ini.
Sesiapa yang berminat untuk menyertai majlis tersebut, bolehlah membeli meja dengan bayaran RM 50.00 sekeluarga. Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi Setiausaha Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SKBTM.
Program ini adalah bertujuan mencari dana bagi Program Pelan Induk Bestari Wawasan Sekolah Kebangsaan Bandar Tasek Mutiara 2007 - 2011.
Sekian.