04 Oktober 2007

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PEMIMPIN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Majlis Berbuka Puasa Bersama Waris dan Pemimpin serta Majlis Khatam Al Quran akan diadakan di surau SKBTM pada hari Jumaat, 5 Oktober 2007 bermula pada jam 6:00 petang. Majlis tersebut akan diserikan dengan kehadiran Y.B. Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Ketua Sektor Kualiti dan Jaminan, Jabatan Pelajaran Pulau Pinang, para pemimpin masyarakat dan masyarakat setempat.

Pada majlis itu, pihak sekolah akan menyerahkan sumbangan kepada waris yang kurang berkemampuan sempena menyambut Aidil Fitri dan acara khatam al-quran murid-murid SKBTM. Hidangan berbuka dan jamuan (moreh) selepas sembahyang sunat terawikh akan disediakan.

Tuan / puan adalah dijemput hadir bagi memeriahkan lagi majlis itu. Sekian.