06 September 2007

Program ICT JMTI

Adalah dimaklumkan bahawa satu program kemahiran ICT telah diadakan di antara pihak Japan-Malaysia Technical Institute (JMTI) dan pihak sekolah. Ini merupakan tahun kedua program ini dilaksanakan.

Program tersebut melibatkan murid-murid dari Tahun 4 sehingga Tahun 6. Sebanyak 19 sesi kemahiran ICT yang merangkumi kemahiran penggunaan perisian Microsoft Office. Setiap kelas akan menjalani 3 sesi kemahiran melibatkan penggunaan aplikasi:-
  1. Microsoft Word
  2. Microsoft Excel
  3. Microsoft PowerPoint dan,
  4. Microsoft FrontPage.
Sesi pertama bermula 6 September dan berakhir pada 29 November 2007.