LANGKAH Kementerian Pendidikan memulakan program Pensiswazahan Guru Besar (PGB) boleh meningkatkan tahap profesionalisme dan maruah diri pentadbir di sekolah rendah. Dengan status sekarang bahawa kebanyakan guru besar merupakan lulusan diploma perguruan, maka pensiswazahan mampu menyelaraskan gaji di antara guru siswazah dengan yang sedia ada.Bagi guru besar yang masih muda, mereka akan merebut peluang ini, sementara yang telah berusia berharap mereka diberi kelonggaran syarat, khususnya yang berkaitan dengan usia kemasukan.
Syarat yang dikenakan untuk mengikuti program itu ialah calon mesti berusia 46 tahun dan ke bawah serta pemegang Sijil Kelayakan Profesional Kepengetuaan Kebangsaan (NPQH) daripada Institut Aminuddin Baki (IAB).