17 Julai 2013

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Pentaksiran Berasaskan Sekolah adalah satu inisiatif transformasi pendidikan Malaysia selaras dengan NKRA Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) 

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dijalankan secara berterusan, holistik berdasarkan perkembangan topik pembelajaran sesuatu mata pelajaran.

PBS ini diperkenalkan sebagai elemen pengganti pada proses penilaian dan peperiksaan secara sumatif dan formatif. Semua murid Tahun Satu bermula 2011 mengaplikasikan pendekatan ini. Pencapaian setiap murid dinilai melalui latihan berterusan mengikut garis panduan Kementerian Pendidikan Malaysia. Pencapaian setiap murid dikelaskan mengikut Band 1 untuk pencapaian asas ke Band 6 untuk pencapaian cemerlang.

Untuk informasi lanjut mengenai Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), sila layari pautan ini :-



Sekian. Terima kasih.