15 Julai 2013

Pameran ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

Pameran Elemen Merentas Kurikulum telah diadakan di foyer SKBTM oleh guru-guru pelatih IPGM Pulau Pinang. Pameran ini merupakan sebahagian daripada projek Tahun Akhir pengajian Ijazah Pendidikan, Bahagian Pendidikan Guru (BPG) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Terdapat beberapa aktiviti interaktif yang telah dijalankan oleh guru-guru pelatih terbabit melalui kaedah stesen-stesen. Antara stesen interaktif ialah Stesen Origami, Stesen Sains dan Stesen Seni Visual.

AKTIVITI YANG DIJALANKAN

Banner Pameran.

Murid-murid asyik mendengar penerangan

Guru menunjukkan demonstrasi kraf.

Pameran origami yang menarik.

Murid-murid mencuba kraf lipatan..

Sekolah ingin mengucapkan terima kasih kepada guru-guru pelatih IPGM Pulau Pinang atas inisiatif yang ditunjukkan. Pihak sekolah juga berharap semangat dan usaha ini diteruskan setelah guru-guru pelatih ditempatkan di sekolah-sekolah kelak.