19 Februari 2021

PEMBUKAAN SEKOLAH SESI 2021

 Salam sejahtera dan salam Sinergi,

Selaras dengan pengumuman yang dibuat Menteri Pendidikan bahawa semua sekolah rendah telah dijadualkan dibuka untuk sesi pengajaran dan pembelajaran bersemuka seperti yang dicatatkan di bawah:-

Semua Sekolah Rendah Kementerian Pendidikan Malaysia:-

  • Kelas-kelas Prasekolah, Tahun Satu dan Tahun Dua:- 
      • Hari Isnin
      • 1 Mac 2021
  • Kelas-kelas Tahun Tiga hingga Tahun Enam:-

      • Hari Isnin
      • 8 Mac 2021
Sehubungan dengan itu, semua ibu bapa diminta prihatin dengan makluman berkenaan pembukaan sekolah sesi 2021 ini. Semua murid dikehendaki membawa buku teks, buku latihan serta peralatan menulis yang secukupnya semasa hadir ke sekolah dengan mengikuti jadual pembelajaran harian yang ditetapkan.

Sekian, harap maklum.