17 Januari 2021

PENANGGUHAN SEMUA SESI PERSEKOLAHAN SECARA BERSEMUKA

 Salam sejahtera dan salam Sinergi,

Adalah dimaklumkan bahawa semua sesi persekolahan murid-murid Prasekolah hingga ke Tahun Enam Sekolah Rendah ditangguhkan ke satu masa yang akan diumumkan kelak. Penangguhan ini adalah selaras dengan pengumuman YAB Perdana Menteri mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 bagi mengawal penularan pendemik COVID-19 dalam kalangan masyarakat.

Walau bagaimanapun, pembelajaran murid-murid masih boleh diteruskan dengan pelaksanaan skim pembelajaran dari rumah (PdPr). Pihak sekolah akan mengumumkan prosedur pembelajaran dari rumah kepada ibu bapa serta waris melalui grup kelas anak tuan puan.

Sekian. Harap maklum.