01 Julai 2020

PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH NORMA BAHARU

Salam sejahtera dan salam Sinergi,

Selaras dengan pengumuman YB Menteri Pendidikan Malaysia, semua institusi pendidikan rendah dan menengah yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mula di buka semula seperti yang dinyatakan di bawah:-
      • mulai hari Rabu
      • 22 Julai 2020
    1. Semua murid aliran perdana Tahun 1 hingga Tahun 6
    2. Semua murid Prasekolah
    3. Semua murid kelas Pendidikan Khas
Justeru itu semua ibu bapa, waris serta penjaga murid-murid adalah dinasihatkan supaya membuat persiapan yang rapi dari segi bahan-bahan pembelajaran dan pengangkutan ke sekolah. Pintu pagar sekolah hanya akan di buka mulai jam 7:00 pagi.

Para ibu bapa dinasihatkan supaya menghantar anak tuan puan sebelum jam 7:15 pagi untuk mengelakkan kesesakan di pintu pagar. Pihak sekolah telah menyediakan beberapa saluran masuk di pintu masuk ke sekolah untuk memudahkan proses saringan suhu badan murid.

Pihak kantin menjual makanan dan minuman berbungkus. Guru akan membawa murid-murid ke kantin untuk membeli makanan dan minuman dan makan di dalam kelas. 

Para guru berharap agar semua murid dapat menjaga keselamatan dan kesihatan diri sendiri. Pihak sekolah akan mengikuti operasi prosedur standard yang disarankan KPM - KKM dengan mengamalkan penjarakan sosial, pengambilan suhu badan murid di pintu masuk ke sekolah dan menasihatkan supaya murid memakai pelitup separuh muka.

Pihak sekolah ingin mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada semua murid SKBTM.