04 Jun 2020

NORMA BAHARU SEKTOR PENDIDIKAN

Salam sejahtera dan salam Sinergi,

Selaras dengan pengumuman yang di buat YB Menteri Pendidikan, sekolah-sekolah kerajaan akan mula di buka mulai hari Rabu, 24 Jun 2020. Walaupun begitu, pembukaan sekolah-sekolah hanya untuk sekolah-sekolah menengah kerajaan dan institusi-institusi pendidikan swasta berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Semua sekolah rendah termasuk kelas-kelas Prasekolah dan kelas-kelas Pendidikan Khas masih di tutup sehingga arahan baharu diumumkan.

Justeru itu, diumumkan SOP kepada para pelawat, ibu bapa dan orang awam sebelum memasuki kawasan sekolah:-
  • Digalakkan memakai penutup hidung dan mulut,
  • Mengamalkan penjarakan sosial dan kerap membersih tangan dengan sabun,
  • Mencatatkan nama, nombor telefon dalam daftar kehadiran di pondok pengawal keselamatan dan
  • Membenarkan pengawal keselamatan mengambil bacaan suhu badan untuk rekod keselamatan,  atau
  • Mengesahkan kehadiran dengan mengimbas kod QR menggunakan aplikasi MySejahtera.

1. Waktu Operasi:
  • Sekolah Satu sesi - 7:00 pagi - 4:00 petang.
2. Waktu Kehadiran Pelanggan:
  • 8:00 pagi - 4:00 petang.
3. Kapasiti Murid dan Pekerja:
  • Calon-calon peperiksaan awam seperti SPM, SVM, STPM dan STAM sahaja.
  • 100% pekerja serta anggota kumpulan pelaksana (AKP)
Dengan pematuhan prosedur baharu ini diharapkan dapat mengekang pandemik COVID-19 daripada merebak dalam kalangan rakyat Malaysia.

Sekian. Harap maklum.