25 Mac 2020

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB)

Salam sejahtera dan salam Sinergi,



Selaras dengan arahan Perdana Menteri berhubung dengan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) COVID-19 bermula 12 Mei 2020 hingga 6 Jun 2020

Justeru itu semua agensi kerajaan termasuk institusi pelajaran tinggi, menengah, rendah dan prasekolah adalah ditutup operasi sehingga menerima arahan seterusnya.

Semua murid SKBTM adalah dinasihatkan supaya mengulangkaji subjek-subjek yang diajar di dalam kelas serta mencuba latihan-latihan dalam talian (online) yang disediakan secara percuma di portal-portal Google Classroom, Google Forms atau mana-mana platform pembelajaran dalam talian yang lain. Sehubungan itu semua warga SKBTM adalah dinasihatkan supaya duduk di rumah, jangan keluar tanpa hal penting. Penuhi masa senggang dengan aktiviti-aktiviti berfaedah.

Sekian, harap maklum.