15 Mac 2020

COVID-19: SARANAN SEMASA PENULARAN WABAK

Salam sejahtera dan salam Sinergi;

Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menyedari kebimbangan masyarakat khususnya ibubapa berikutan penularan wabak Coronavirus Disease 2019 (COVID-19)

Berikut itu, KPM telah memaklumkan beberapa langkah drastik bagi mengelakkan penularan wabak dalam kalangan pelajar baik di peringkat menengah mahupun rendah, institusi pengajian tinggi (IPT) dan kementerian.

Notis dan infografik telah dimuat naik ke laman rasmi dan media sosial rasmi KPM memudahkan maklumat disampaikan dan dikongsi.

  • PENANGGUHAN PROGRAM:
Terkini KPM telah mengeluarkan panduan bagi pelaksanaan perhimpunan sekolah semasa penularan wabak COVID-19 di sekolah-sekolah Kementeian Pelajaran Malaysia. Pihak KPM telah menyarankan semua aktiviti yang berkaitan pendidikan seperti:-

    1. Program sukan dan aktiviti kokurikulum
    2. Perhimpunan rasmi sekolah
    3. Program sambutan keraian
    4. Program-program latihan
    5. Persidangan dan kolokium
    6. Kem
    7. Seminar
    8. Kursus
    9. Program
    10. Mesyuarat Agung Persatuan Ibubapa dan Guru-guru (PIBG) dan seumpamanya ditangguhkan ke suatu tarikh yang diumumkan kelak.
Jika terdapat aktiviti yang tidak dapat dielakkan, pihak JPN/PPD/Sekolah diminta untuk mengambil langkah-langkah berjaga-jaga seperti berikut:-

  1. Tidak digalakkan bersalaman dengan tetamu.
  2. Saringan suhu badan.
  3. Menjarakkan diri sekurang-kurangnya 1 meter apabila berhadapan dengan orang lain.
  4. Kerap mencuci tangan dengan sabun atau pencuci tangan.
  5. Mengamalkan etika batuk atau bersin yang betul.
  6. Elakkan menyentuh mata, hidung atau mulut.
  7. Murid-murid yang bergejala tidak dibenarkan hadir ke sekolah.
Sila klik pada gambar


Tanggungjawab dalam menangani wabak COVID-19 ini harus dipikul bersama oleh pihak kementerian dan masyarakat bagi keselamatan anak-anak kita dari dijangkiti virus merbahaya ini. 

Sekian. Harap maklum.