Sukacita memaklumkan bahawa Kelab Pencinta Alam (KPA) bersama-sama Jawatankuasa Sekolah Hijau 2019 akan melancarkan kempen tersebut seperti yang di catatkan di bawah:-
- Hari Isnin
- 24 Jun 2019
- 7:45 pagi
- Tapak Perhimpunan Rasmi
Kempen ini bertujuan memberi kesedaran kepada semua warga sekolah tentang kepentingan menjaga kelestarian alam dan persekitaran daripada pencemaran sampah terutamanya barang-barang berasaskan plastik.
Usaha ini selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk mengurangkan penggantungan terhadap produk plastik seperti straw minuman, bekas mengisi makanan serta beg-beg pasaraya dan kedai runcit.
Selaras dengan kempen ini, pihak kantin juga disarankan supaya mengurangkan penggunaan beg-beg plastik untuk mengisi makanan dan minuman yang dibeli murid-murid serta staf sekolah ini. Para staf dan murid-murid digalakkan supaya membawa bekas makanan guna semua untuk mengisi makanan dan minuman. Pengunaan straw minuman di kantin sekolah juga akan dikurangkan secara berperingkat.
Diharapkan pelancaran kempen ini akan mengurangkan jumlah sampah sarap di sekolah.