26 September 2018

PROGRAM BESKATHON 2018

Salam sejahtera dan salam Sinergi 5P,

Sukacita memaklumkan bahawa pihak sekolah dengan kerjasama Persatuan Ibubapa dan Guru-guru (PIBG) akan melancarkan program Beskathon 2018 bagi mengumpul dana untuk program-program kokurikulum sekolah.

Majlis pelancaran program akan diadakan seperti yang dicatatkan di bawah:-
  • Hari Isnin
  • 1 Oktober 2018
  • Dataran Perhimpunan SKBTM
Semua warga SKBTM terlibat secara langsung dalam program ini. Setiap warga SKBTM akan diberikan sekeping kad kutipan derma daripada orang ramai bagi mencari dana program-program yang disebutkan di atas. Sumbangan dan sokongan masyarakat sekitar amat diharapkan dan dialu-alukan.

Sekian. Harap maklum.