19 Februari 2017

MESYUARAT AGUNG PIBG 2017

Salam sejahtera dan salam Sinergi 5P,

Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat agung Persatuan Ibubapa dan Guru-guru (PIBG) akan di adakan seperti yang dinyatakan di bawah:-

  • Hari Sabtu
  • 25 Februari 2017
  • Dewan Mutiara
  • 8:00 pagi

Sehubungan dengan itu semua ibu bapa serta waris murid-murid SKBTM adalah dijemput menghadiri mesyuarat. Sila isi dan kembalikan borang usul kepada pihak sekolah ataupun Setiausaha PIBG untuk dibincangkan di dalam mesyuarat. 

Diingatkan bahawa pengusul diwajibkan hadir ke mesyuarat untuk membentangkan usul. Jika pengusul tidak hadir, usul beliau tidak akan dibincangkan. Usul yang hendak dibincangkan tidak boleh dilakukan secara proksi.

Semoga kehadiran ibu bapa serta waris dapat menjana idea-idea bermutu tinggi demi kejayaan sekolah.

Sekian, harap maklum. Terima kasih.