30 Oktober 2016

MAJLIS ANUGERAH KO-KURIKULUM SKBTM 2016

Salam sejahtera dan salam Sinergi 5P,

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan majlis yang dinyatakan di atas pada:

  • Hari Sabtu
  • 12 November 2016
  • Dewan Mutiara, SKBTM
  • 8:00 pagi

Majlis anugerah itu akan memfokuskan kepada pencapaian murid-murid dalam bidang kokurikulum sekolah. Beberapa anugerah seperti Anugerah Tokoh Murid akan diberikan kepada murid-murid yang melibatkan diri secara aktif dalam ketiga-tiga cabang kokurikulum sekolah. Penglibatan aktif bermaksud mewakili sekolah di dalam acara-acara kokurikulum pada peringkat sekolah, daerah ataupun negeri.


Sekian, harap maklum. Terima kasih.