25 September 2016

SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA 2016 DAN BENGKEL PENGURUSAN SISA PEPEJAL DI PUNCA




Salam sejahtera dan salam Sinergi 5P,

Sukacita dimaklumkan bahawa program 'Hari Sukan Negara' dan bengkel pengurusan sisa pepejal di punca akan dijalankan seperti yang dinyatakan di bawah:-

  • Hari Sabtu
  • 8 Oktober 2016
  • 8:00 pagi
  • Perasmian di Dataran Mutiara
  • Aktiviti di padang permainan

Ini merupakan program anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Program ini akan dilangsungkan secara serentak di seluruh negara dan penglibatan semua warga KBS dan KPM adalah diwajibkan. 

Bengkel pengurusan sisa pepejal di punca akan dikendalikan pegawai-pegawai Persatuan Alam Sekitar Malaysia (Malaysia Nature Society). Di dalam bengkel ini, para peserta akan didedahkan kepada prosedur pengurusan sisa pepejal di rumah atau pejabat. Demonstrasi pengurusan sisa akan diadakan.

Bagi pelaksanaan program peringkat sekolah, semua murid dikehendaki memakai pakaian sukan yang lengkap dan selesa pada hari program tersebut. Nota pemberitahuan akan diedarkan kepada semua ibu bapa dan waris murid-murid SKBTM.

Sekian, harap maklum dan terima kasih.