31 Ogos 2016

UPSR 2016



Salam sejahtera dan salam Sinergi 5P,

Adalah dimaklumkan bahawa Ujian Pentaksiran Sekolah Rendah (UPSR) telah dijadualkan dijalankan seperti yang dinyatakan di bawah:-

  • Hari Isnin hingga hari Khamis
  • 5 September hingga 8 September 2016
  • 6 mata pelajaran teras (Sekolah Kebangsaan)

Sehubungan dengan itu, semua warga SKBTM ingin mengucapkan selamat menduduki UPSR 2016 kepada semua murid Tahun Enam (Aliran Perdana dan Aliran Pendidikan Khas). Seluruh warga SKBTM mendoakan semua calon UPSR 2016 dapat menjawab soalan-soalan dengan baik dan seterusnya berjaya mendapat kejayaan cemerlang bila keputusan rasmi UPSR 2016 diumumkan.

Sekian, harap maklum dan semoga berjaya.