07 Mei 2016

PROGRAM MOTIVASI BIL 1/2016

Salam sejahtera dan salam Sinergi 5P,

Sukacita memaklumkan bahawa pihak sekolah dengan kerjasama Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Nibung Tebal akan mengadakan program motivasi kepada calon-calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016. Program tersebut akan dilaksanakan seperti yang dinyatakan di bawah:-

  • Ahad
  • 8 Mei 2016
  • 8;)0 pagi - 2:00 petang
  • Murid-murid Tahun Enam
  • Pakaian uniform lengkap sekolah dan alat tulis
Sehubungan dengan itu, ibu bapa atau waris murid-murid yang menyertai program tersebut dikehendaki menghantar anak tuan puan ke sekolah pada atau sebelum jam 7:00 pagi. Bas akan bertolak ke MRSM Nibung Tebal pada jam 7:15 pagi. Ketepatan masa amat diharapkan.

Sekian, harap maklum.