21 Mac 2016

PEMBATALAN SEMUA AKTIVITI SUKAN DAN KOKURIKULUM DISEBABKAN OLEH FENOMENA EL NINO

Salam sejahtera dan salam Sinergi 5P,

Selaras dengan arahan Menteri Pendidikan berhubung dengan cuaca panas akibat fenomena El Nino yang melanda negara, pihak sekolah telah membuat keputusan untuk membatalkan semua aktiviti sukan dan kokurikulum demi menjaga kesihatan dan keselamatan murid-murid.

Arahan pembatalan ini berkuatkuasa mulai hari Isnin, 21 Mac 2016 sehingga mendapat kelulusan membenarkan aktiviti sukan dan kokurikulum daripada Kementerian Pendidikan Malaysia. Semua waris dan ibu bapa murid-murid akan diberitahu perkembangan terkini berhubung arahan pembatalan ini dari masa ke semasa.

Dalam hal berkaitan, semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dijalankan seperti biasa,. Hal ini melibatkan waktu pengajaran dan pembelajaran pada biasa persekolahan dan kelas-kelas tambahan.

Para ibu bapa dan waris dinasihatkan supaya membekalkan anak tuan puan dengan air minuman secukupnya pada sepanjang waktu persekolahan biasa dan kelas-kelas tambahan.

Sekian. Harap maklum.