20 Januari 2016

MAJLIS JALINAN KASIH 1/2016

Salam sejahtera dan Salam Sinergi 5P,

Sukacita memaklumkan bahawa majlis Jalinan Kasih 1 untuk para ibu bapa murid-murid Tahun Enam telah dijadualkan diadakan seperti yang dinyatakan di bawah:-

  • Hari Sabtu
  • 8:00 pagi
  • 30 Januari 2016
  • Dewan Mutiara, SKBTM
  • Dirasmikan oleh Encik Rizal b. Ismail, Pegawai Akademik, PPD(S)
  • Ceramah Khas oleh Y. Bhg. Dato Prof. Madya Haji Elias b. Zakaria, Pensyarah Bidang Falsafah dan Tamadun, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia. Pulau Pinang.

Program ini memfokuskan kepada memberi kesedaran dan pendedahan perkembangan pendidikan hari ini kepada para ibu bapa dan waris murid-murid Tahun Enam serta prestasi sebenar anak-anak tuan puan dalam Pra Penilaian yang baharu dijalankan.

Sehubungan itu, tuan puan ibu bapa dan waris murid-murid Tahun Enam adalah dijemput ke majlis tersebut. Sekian. Harap maklum