19 Ogos 2015

TAWARAN SEBUT HARGA KANTIN SEKOLAH

Salam sejahtera

Tawaran adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berminat untuk mengendalikan kantin sekolah ini bagi tempoh mulai 1 Disember 2015 hingga 30 November 2017. 

Sebut harga hendaklah dihantar di dalam sampul berlakri dan bertanda "SEBUT HARGA KANTIN SEKOLAH" di bahagian atas sudut kiri. Borang serta dokumen-dokumen berkaitan hendaklah sampai ke pejabat sekolah pada atau sebelum 30 September 2015 pada jam 12:00 tengahari.

Setiap sebut harga hendakah disertakan dengan wang cagaran @ pertaruhan sebanyak RM 100.00 (Satu ratus ringgit sahaja) dalam bentuk  kiriman wang pos / wang pos / draf bank atas nama Guru Besar, SK Bandar Tasek Mutiara. Pertaruhan tanpa wang cagaran @ pertaruhan TIDAK dilayan. Wang cagaran @ pertaruhan akan dikembalikan semula kepada para pemohon yang tidak berjaya.

Borang-borang serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan boleh didapati di pejabat sekolah dari 1 September 2015 hingga 30 September 2015 pada waktu pejabat secara PERCUMA.

Sekian. Harap maklum.