08 Mac 2015

PERKHEMAHAN KOKURIKULUM (1) PERINGKAT NEGERI, 2015

Salam sejahtera,

Adalah dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan menghantar satu pasukan murid ke acara perkhemahan tahunan kokurikulum peringkat negeri bagi tahun 2015 yang dijadualkan diadakan di kawasan perkhemahan hutan lipur Telok Bahang.

Perkhemahan itu dijadualkan bermula pada 8 Mac 2015 sehingga 12 Mac 2015. Beberapa sesi latihan dan aktiviti akan diadakan bagi menguji kefahaman dan kemahiran para peserta dalam pelbagai aspek kegiatan kokurikulum sekolah. Pasukan yang berjaya akan berpeluang mewakili negeri Pulau Pinang ke perkhemahan peringkat kebangsaan.

Pihak sekolah mengucapkan selamat berkhemah kepada wakil sekolah dan semoga berjaya menjadi wakil negeri ke perkhemahan peringkat kebangsaan.

Sekian. Harap maklum.