22 Disember 2014

MAJLIS ORIENTASI MURID-MURID TAHUN SATU, 2015

Salam sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa majlis orientasi murid-murid Tahun Satu, 2015 dijadualkan diadakan seperti yang dicatatkan di bawah:-

  • Hari Sabtu
  • 27 Disember 2014
  • 8:00 pagi

Semua bakal murid Tahun Satu, 2015 dikehendaki menduduki ujian saringan di bilik-bilik darjah telah ditetapkan. Sementara itu, para ibu bapa atau waris murid-murid akan diberikan taklimat pengurusan sekolah, perancangan dan pelaksanaan program-program peningkatan akademik di Dewan Mutiara. Para ibu bapa atau waris adalah dinasihatkan supaya tidak mengganggu proses saringan untuk penempatan murid-murid ke kelas-kelas pembelajaran pada tahun 2015.

Sekian dimaklumkan. Harap maklum.