11 September 2014

UJIAN PEMILIHAN KEMASUKAN ATLIT KE SEKOLAH SUKAN, 2015

Adalah dimaklumkan bahawa tiga sesi ujian pemilihan atlit ke Sekolah Sukan Pulau Pinang (SMK Mutiara Impian, Simpang Ampat) akan diadakan seperti yang di catatkan di bawah:-


Tarikh:
  • 30 September 2014 - Olahraga (Lelaki dan Perempuan)
  • 1 Oktober 2014 - Hoki (Lelaki dan Perempuan)
  • 2 Oktober 2014 - Sepak takraw (Lelaki)
  • 2 Oktober 2014 - Bola jaring (Perempuan)

Masa:
  • 8:00 pagi - 12:30 tengah hari

Tempat:
  • SMK Mutiara Impian, Simpang Ampat

Pakaian:
  • Yang bersesuaian dengan sukan berkenaan.

Syarat-syarat umum:
  • Ketinggian tidak kurang daripada 155 cm.
  • Sekurang-kurangnya pernah mewakili daerah ke peringkat negeri dan berpotensi dalam sukan yang diceburi
  • Lulus Bahasa Malaysia peringkat UPSR, dan
  • Sihat tubuh badan.
Sekian. harap maklum.