04 Ogos 2014

KARNIVAL KOKURIKULUM BAHASA PERINGKAT NEGERI 2014

Sukacita memaklumkan bahawa SKBTM akan menjadi tuan rumah kepada Karnival KoKurikulum Bahasa Peringkat Negeri 2014. Karnival ini akan dilangsungkan seperti yang di catatkan di bawah:-
 
  • Hari Khamis
  • 7 Ogos 2014
  • Dewan Mutiara, SKBTM
  • 8:00 pagi
 
Justeru itu, kami seluruh warga SKBTM ingin mengalu-alukan kedatangan para peserta, guru pembimbing, para hakim dan juri serta para pegawai Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Pulau Pinang ke karnival ini. Kami berharap semua perancangan pelaksanaan karnival akan berjalan dengan lancar.
 
Sekian. Harap maklum.