22 Julai 2014

MAJLIS DI AMBANG SYAWAL 1435H @ 2014M

Sukacita memaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan majlis khas sempena ketibaan 1 Syawal 1435H yang dinamakan sebagai Majlis Di Ambang Syawal. Majlis tersebut dijadualkan diadakan pada hari Jumaat, 24 Julai 2014 bermula jam 9:00 pagi di Dewan Mutiara. Pada majlis tersebut pihak sekolah akan mengedarkan bantuan menyambut Hari Raya kepada anak-anak yatim yang bersekolah di SKBTM.

Selain daripada itu, pihak sekolah juga akan mengedarkan sumbangan duit raya kepada semua murid sekolah ini. Sumbangan duit raya ialah sebahagian daripada acara tahunan sekolah sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Sekian. Harap maklum.