21 Jun 2014

PERCUBAAN UPSR 2014

Adalah dimaklumkan bahawa percubaan UPSR 2014 akan diadakan bermula pada tarikh yang dicatatkan di bawah:-

  • Selasa - Khamis
  • 8 - 10 Julai 2014 
  • 8:00 pagi

Sehubungan itu, semua murid tahun Enam adalah dinasihatkan supaya mengulangkaji mata pelajaran-mata pelajaran yang akan dinilai di dalam UPSR. Para ibu bapa serta waris juga dinasihatkan untuk menyemak dan memantau perkembangan akademik anak tuan puan. Pihak sekolah mendoakan semua calon penilaian percubaan UPSR 2014 akan mendapat kejayaan yang cemerlang.

Sekian, harap maklum.