02 Jun 2014

ACARA AKHIR DAN RAPTAI KEJOHANAN SUKAN DAN OLAHRAGA 2014

Sukacita memaklumkan bahawa beberapa acara akhir Kejohanan Sukan dan Olahraga 2014 akan diadakan bermula hari Isnin, 16 Jun 2014. Sehubungan dengan itu, murid-murid yang mengambil bahagian dalam acara-acara akhir kejohanan adalah kehendaki memakai baju sukan bermula pada hari dan tarikh yang dicatatkan di atas.

Kejohanan Sukan dan Olahraga 2014 dijadualkan akan diadakan pada hari Sabtu, 21 Jun 2014. Justeru itu, semua ibu bapa serta penduduk kawasan berhampiran adalah dijemput memeriahkan majlis tersebut.

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.