Adalah dimaklumkan bahawa pihak Nazir Persekutuan cawangan Pulau Pinang akan mengadakan lawatan berkelompok ke SKBTM. Lawatan tersebut dijangkakan akan diadakan bermula pada hari Isnin, 5 Mei 2014 sehingga hari Jumaat, 9 Mei 2014.
Lawatan pihak Nazir akan berfokus kepada aspek penyediaan fail-fail dan sistem perekodan dokumen yang berkaitan dengan program LINUS 2.0 Bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, subjek-subjek lain juga perlu mengambil perhatian dalam melengkapkan sistem fail panitia masing-masing. Beberapa sesi pencerapan pengajaran dan pembelajaran (PdP) juga akan dilakukan. Justeru itu, para guru adalah diminta bersedia untuk dicerap pada sepanjang tarikh-tarikh yang dinyatakan di atas.
Kerjasama dan perhatian yang diberikan diucapkan terima kasih. Sekian memaklumkan.