12 Mac 2014

MAJLIS BACAAN YAASIN

Adalah dimaklumkan bahawa persatuan kebajikan guru dan staf SKBTM telah mengadakan majlis bacaan surah Yassin di surau sekolah. Majlis tersebut telah disertai guru-guru Islam bagi memohon keberkatan dalam pendidikan, bantuan dalam menyelesaikan masalah serta kebajikan para warga SKBTM.

Majlis tersebut telah diadakan seperti yang dicatatkan di bawah:-

  • Hari Rabu
  • 12 Mac 2014
  • 2:00 petang
  • Surau Sekolah




Diharapkan semua doa yang dipanjatkan hadrat Ilahi dimakbulkan dan semua warga SKBTM dilimpahi rahmat dan dikekalkan berada dalam kasih sayang Tuhan yang Maha Berkuasa lagi Mata Mengetahui. Amin.

Sekian.