06 Januari 2014

BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 1MALAYSIA 2014

Sukacita memaklumkan bahawa bayaran bantuan khas awal persekolahan 1Malaysia bagi tahun 2014 akan mula dibuat secara berperingkat mulai 15 Januari 2014. Semua murid warganegara Malaysia dari Tahun Satu hingga Tahun Enam pada sesi persekolahan 2014 layak menerima bantuan. Kadar bayaran untuk setiap orang murid ialah RM100.


Pihak sekolah adalah dilarang daripada membuat sebarang potongan dari bantuan ini. Pihak sekolah akan mengeluarkan surat pemberitahuan rasmi kepada semua waris dan penjaga berhubung perkara ini.

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.