Adalah memaklumkan bahawa Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan meneruskan program peningkatan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan guru-guru Bahasa Inggeris dengan program Profesional Up-skilling of English Language Teachers (Pro-ELT) Kohort 2 pada 2014 dengan kerjasama pihak British Council (BC)
Program ini akan dilaksanakan menerusi salah satu daripada dua (2) kaedah berikut:-
- Mod Berpusat, atau
- Mod Kluster
Guru-guru yang terpilih akan mengikuti program bermodul selama satu (1) tahun di PPD atau pusat-pusat pembelajaran terpilih. Setiap sesi pembelajaran akan berlangsug selama empat (4) jam dalam bilangan satu (1) kali seminggu atau mengikut kesesuaian. Di akhir sesi pembelajaran, para peserta akan diberikan sijil kompetensi daripada KPM dan British Council.
Guru-guru Bahasa Inggeris terpilih diwajibkan menduduki Ujian Saringan atau APTIS secara dalam talian yang dikendalikan pihak British Council sebelum dipilih untuk mengikuti kelas pembelajaran bermodul tersebut. Program ini merupakan satu peluang keemasaan bagi guru-guru Bahasa Inggeris untuk meningkatkan penguasaan berbahasa mereka dan bukanlah sebagai kelas pembelajaran bahasa untuk golongan lemah berbahasa Inggeris. Para guru tidak perlu merasa malu apabila menghadiri kelas-kelas ini.
Sekian dan selamat maju jaya.