Unit Pengurusan Ko Kurikulum akan menganjurkan lawatan dan perkhemahan unit-unit beruniform ke Kuala Lumpur. Lawatan dan perkhemahan ini merupakan sebahagian daripada aktiviti tahunan perkhemahan yang akan melibatkan murid-murid dari Tahun Enam, Tahun Lima dan Tahun Empat.

Lawatan dan perkhemahan ini akan melibatkan aktiviti di beberapa tempat menarik di sekitar bandaraya Kuala Lumpur dan Selangor. Aktiviti lawatan dan perkhemahan ini bertujuan menanam semangat setiakawan dan menguji ketahanan mental dan fizikal murid-murid.
Program ini dijadualkan diadakan seperti yang dicatatkan di bawah:-
- Jumaat - Isnin
- 16 - 18 November 2013
- Pusat Sains Negara @ Planetarium Negara
- Taman Tasik Perdana
- Muzium Polis dan Muzium Kesenian Islam
- Dataran Putrajaya
- Muzium Negara dan Tugu Negara
- Desa Waterpark
- Taman Burung Kuala Lumpur
![]() |
Desa Waterpark |
![]() |
Berjaya Times Square Theme Park |
Murid-murid yang berminat boleh menghubungi pihak sekolah untuk maklumat lanjut.
Sekian harap maklum.
Sekian harap maklum.