08 Mei 2013

KELAS TAMBAHAN CUTI SEKOLAH - TAHUN EMPAT HINGGA TAHUN ENAM

Sukacita memaklumkan bahawa program peningkatan prestasi akademik untuk murid-murid Tahun Enam, Tahun Lima dan Tahun Empat akan dilaksanakan pada cuti persekolahan yang akan datang. Tarikh pelaksanaan program tersebut adalah seperti berikut:-

  • 27 - 30 Mei 2013
  • 8:00 pagi - 10:00 pagi, 10:30 pagi - 12.30 tengah hari.
Mata pelajaran yang diberi tumpuan ialah Sains, Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Inggeris.  Sehubungan itu, ibu bapa dan waris para murid di Tahun Enam, Tahun Lima dan Tahun Empat diharapkan supaya dapat menghantar anak-anak tuan puan ke program ini. Surat pemberitahuan  akan dikeluarkan pihak sekolah kepada semua waris dan ibu bapa murid-murid tersebut.

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.