29 April 2013

PROGRAM LONJAKAN UPSR 2013

Sukacita memaklumkan bahawa Unit Bimbingan dan Pengurusan Akademik SKBTM akan menjalankan program khas untuk murid-murid Tahun Enam 2013. Program ini merupakan usaha berterusan bagi meningkatkan prestasi atau pencapaian gred murid-murid dalam Ujian Tahap Pencapaian (UTP) dan selanjutnya UPSR nanti.

Program ini akan dilaksanakan selama tiga hari bermula Isnin, 29 April sehingga Khamis, 2 Mei 2013 dan akan melibatkan kelas-kelas intensif bagi matapelajaran-matapelajaran teras UPSR. Penglibatan aktif semua murid dapat memastikan kejayaan program ini.

Sekian, dimaklumkan.