Adalah dimakumkan bahawa Guru Besar SKBTM, Encik Hudzairi Abdul Ghani akan bertukar ke SK Sungai Setar, Nibung Tebal mulai 16 Februari 2013. Sehubungan itu, pihak sekolah akan menganjurkan majlis perpisahan beliau pada hari Jumaat, 22 Februari 2013 bermula jam 10:00 pagi.
Badan Kebajikan Guru dan Staf juga akan menganjurkan majlis makan tengah hari sebagai tanda terima kasih di atas sumbangan dan jasa beliau menaikkan nama sekolah dalam pelbagai bidang. Majlis tersebut juga akan meraikan beberapa orang guru yang telah bertukar ke sekolah lain pada bulan Januari lalu.
Jasa dan sumbangan Encik Hudzairi Abdul Ghani akan sentiasa dikenang. Teima kasih.
Jasa dan sumbangan Encik Hudzairi Abdul Ghani akan sentiasa dikenang. Teima kasih.