Adalah dimaklumkan bahawa Unit Bimbingan dan Kaunseling SKBTM menganjurkan bengkel teknik menjawab soalan-soalan UPSR untuk pelajar-pelajar Tahun Enam 2012. Bengkel itu bermula pada hari Isnin, 14 Mei 2012 dan berakhir pada hari Khamis 17 Mei 2012.
Beberapa guru pakar dan pemeriksa kertas jawapan UPSR telah dipilih untuk mengendalikan bengkel ini. Diharapkan semua murid akan memanfaatkan ilmu yang didapati daripada bengkel ini.
Sekian.