22 Julai 2009

PERJUMPAAN GURU DENGAN IBU BAPA MURID-MURID TAHUN ENAM, 2009

Adalah dimaklumkan bahawa satu perjumpaan di antara ibu bapa dan waris murid-murid Tahun Enam, 2009 akan diadakan pada hari Sabtu, 25 Julai 2009 bermula jam 8:30 pagi di bilik tayangan, Pusat Sumber Sekolah.

Perjumpaan ini akan membincangkan beberapa masalah yang dihadapi guru-guru dan ingin mendapatkan maklum balas daripada ibu bapa dan waris kaedah dan cara yang terbaik bagi mengatasi masalah tersebut. Disamping itu, pihak sekolah juga akan menerangkan prestasi murid-murid Tahun Enam setakat ini.

Semua ibu bapa dan waris murid-murid Tahun Enam adalah dijemput untuk menghadiri majlis tersebut. Sekian dimaklumkan.