Adalah dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan acara gotong royong kawasan sekolah dengan kerjasama Persatuan Ibubapa dan Guru-guru (PIBG). Acara tersebut akan di adakan seperti yang dicatatkan di bawah:-
- Hari Sabtu
- 30 Mei 2009
- 8:00 pagi
- Sekitar kawasan sekolah
Sehubungan dengan itu, semua waris dijemput hadir bagi memeriahkan acara pada hari tersebut.
Sekian dimaklumkan. Terima kasih.