08 Februari 2009

PENGLIBATAN AKTIVITI KOKURIKULUM

Adalah dimaklumkan bahawa penglibatan aktiviti kokurikulum bagi murid-murid Tahun Enam akan dikira sebagai 30 peratus markah keseluruhan bagi menentukan kelayakan memasuki sekolah berasrama penuh kerajaan atau sekolah menengah kerajaan terpilih.

Kegagalan murid-murid menceburkan diri secara aktif dalam kegiatan kokurikulum boleh menyebabkan mereka kehilangan merit untuk memasuki sekolah berasrama penuh kerajaan atau sekolah menengah kerajaan terpilih walaupun mendapat keputusan akademik 5A.

Para ibu bapa dan waris dinasihatkan supaya membenarkan anak tuan puan melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum untuk kebaikan masa hadapan mereka sendiri.

Sekian dimaklumkan.