Sukacitan dimaklumkan bahawa pihak Persatuan Ibu bapa dan Guru-guru bersama-sama pihak sekolah telah melancarkan Tabung Kemanusiaan Palestin bagi membantu meringankan kesengsaraan yang ditanggung rakyat Palestin terutamanya di bandar Gaza akibat daripada serangan kejam pihak Isreal.
Tuan puan boleh menghulurkan sumbangan ke tabung ini melalui keratan surat siaran yang telah diedarkan kepada semua murid SKBTM. Kutipan ini akan berjalan selama satu minggu bermula 12 Januari sehingga 15 Januari 2009.
Masyarakat luar juga digalakkan menyumbang ke tabung ini dengan menghubungi pihak sekolah. Didoakan sumbangan yang tuan puan berikan akan diberkati Tuhan seterusnya mendapat balasan yang sebaik-baiknya.
Sekian, dimaklumkan.