23 November 2008

PROGRAM KDP 14 MINGGU PRASARJANA MUDA PENGAJARAN

Sukacita memaklumkan bahawa iklan tawaran kemasukan ke program KDP 14 Minggu Prasarjana Muda Pengajaran Ambilan Februari 2009 telah dibuka. Program ini terbuka kepada Pegawai-pegawai Perkhidmatan Pelajaran Bukan Siswazah yang sedang berkhidmat di sekolah rendah dan menengah kerajaan dan bantuan kerajaan.

Program ini dijalankan selama 14 minggu secara mod sepenuh masa di Institut Pendidikan Guru (IPG). Peserta yang berjaya lulus akan ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Jarak Jauh KPM OUM (Pendidikan Rendah) DAN akan dianugerah Ijazah Sarjana Muda Pengajaran dengan Kepujian. Tempoh pengajian program ialah bermula 23 Februari 2009 sehingga 29 Mei 2009.

Permohonan untuk mengikuti program ini ialah secara dalam talian (online) sahaja dan boleh dilakukan di portal Kementerian Pelajaran Malaysia pada alamat yang tercatat di bawah:
Iklan tawaran ini sah mulai 24 November 2008 sehingga 26 Disember 2008. Semua permohonan MESTI melalui Guru Besar / Pengetua serta mendapat kelulusan Jabatan Pelajaran Negeri untuk diproses.

Sekian.